Friday, October 28, 2011

Speedy Scandal



Assalamualaikum...


Tadi malam semangat aku tengok movie 'Speedy Scandal' sebab housemate aku kate cite ni best. budak laki ofis die yang rekomen suh tengok cite ni. Cite ni cite lama. Tahun 2008 punye cite. Memang betul cite ni sangat lawak. 


anak = Hwang Jeong-nam + bapak = Nam Hyeon-soo + cucu = Hwang Ki-dong


Cite ni pasal seorang lelaki, nama die Nam Hyeon Soo yang dulu pernah jadi artis terkenal. masa die umur lingkungan 30 an die jadi penyampai radio. kire masih glamour lagi. 1 hari tetiba ade sorang budak pompuan dengan anaknya datang jumpe laki ni. die ngaku yang die anak laki ni dan budak kecik ni cucu laki ni. tapi die tak percaya. mula dari sinilah, hidup die agak kucar-kacir.





Ni masa mula2 anak pompuan die munculkan diri. time ni lawak giler. haha..





comel je time ni. tengok tv bersama anak dan cucu.





time ni die suh cucu die siasat pompuan yang die suke..





time ni sangat sengal. die ajar cucu die berjudi.


budak laki ni suke kat budak pompuan ni. kecik2 da gatal.hahaha




ekspresi muke ni sangat kelaka. kalau korang tengok cite ni tawla kenape dorang wat muke camni. hahaha




p/s : tak sabar nak balik kampung malam ni... =)) doakan perjalanan saya selamat sampai kat umah. yahooo! yahooo!

Monday, October 24, 2011

Aktiviti Hujung Minggu...

Assalamualaikum...


Annyeong.... Ewah! hehe. Hujung minggu kali ni aku habiskan dengan menghadap laptop aku untuk habiskan tengok cite 'My Girlfriend is Gumiho'. Sampaikan mata berair. bukan sebab sedih. tapi sebab lama sangat menghadap skrin laptop. akhirnya aku berjaya menghabiskan tengok cite. ;)). cite die best gak lah. kire boleh dikategorikan romantic comedy. 



Belah atas kiri, hero. Cha Dae Woong nama die dalam cite ni. Sebelah atas kanan, heroin. Gu Mi Ho nama die. Sebelah bawah kiri, heroin kedua. Eun Hye In. Sebelah bawah kanan, hero kedua. Park Doong Ju nama die. (macam hebat kan dapat ingat semua nama watak ni, padahal gigih menggoogle nama watak dorang. Aku just ingat nama hero ngan heroin je. padahal baru semalam habis tengok cite. Dasar........)









Hero kedua ni masa mule2 tengok macam hensem giler. tapi makin lama aku tengok die dalam cite ni, cara die dressup cam gay plak. tapi die ni sweet je.. jadi doktor plak tu dalam cite ni. bertambah hensem. eh!










time ni kelaka. time ni masa kawan Che Dae Woong bayangkan keadaan bile Cha Dae Woong datang time Gu Miho kawen ngan Doktor Dong Ju 






Owh time ni sangat sweet. ;))






Cite ni dah keluar dari tahun lepas lagi. Cite die pasal percintaan manusia dengan serigala sembilan ekor. serigala sembilan ekor ni, haiwan dalam cite dongeng orang Korea. Cite ni kire romantik komedi fantasy. (suka hati aku je letak genre drama ni). Nak tahu sinopsis cite ni, bolehlah tanya pacik google. Nak cite balik pun aku tak berapa nak rajin. hehe. Cite ni menarik. Ada part2 yang lucu giler. Ade part2 yang sedih tapi taklah sampai mengalirkan air mata (tapi tak tahulah untuk Ita bukan nama sebenar sebab die tengok cite My Girl pun die merembes.hehe) Tapi jangan risau. Cite ni happy ending. 




p/s : rindu waktu dulu. gigih g cc print gambar scene2 dalam drama korea. print kaler pastu gunting tampal kat kertas warna pastu masuk dalam album gambar. Rindunya waktu tu. =,=. Kawan2 aku rindu waktu dolu2. huhuhu.
terlebih rajin wat 2 entry dalam 1 hari. mood: busan.huhuhu. (padahal heaven takde keje.hehe. ;)) )

Alhamdulillah


Assalammualaikum...


Macam tak percaya. Macam mimpi. Itu yang aku rasa. 3 tahun macam sekejap sangat. Macam baru hari tu aku ambik result stpm. Macam baru hari tu, makabah hantar aku daftar kat UKM. Macam baru hari tu, kene melalui minggu orientasi yang penat gilbab (gile babi). Macam baru hari tu, aku rushing buat tesis sebab suka tangguh keje. Dan banyak lagi 'macam baru hari tu' yang aku rase. Dan alhamdulillah aku dapat konvo on the time dengan result yang sederhana. sebab aku adelah seorang yang besederhana. Padahal.....




memang niat dari jejakkan kaki kat UKM. Bile konvo, gaya ni adalah WAJIB! dan alhamdulillah ianya dapat dilaksanakan. hehe.




Post ayu + sopan. ;))




Jurugambar : okay pandang sini, angkat topi, buat muke gembire.  =  maka inilah hasilnya ;))




Muka gembire ambik skroll. padahal dalam hati ' janganlah aku tersandung, janganlah aku jalan kengkang sangat. dupdadupdapdupdap. giler neves time ni. tapi muke over excited. gambar konvo aku yang UKM amik sangat lah macam ape ntah muke aku. muke terlebih senyum. huh!





Bile cakap denga mereka. aku akan jadi sopan. terus berkite2, bersaya2. gelak pun 'hikhikhikhik'. padahal...








gadis-gadis sains politik. tetibe cam sweet.. haha..






Pembakar semangat ;))i heart uolls!





Tanpa mereka, saya tak punya apa-apa. Sayang ketat-ketat. Muka aku ikut sape rase-rasenye?








atas sebab faktor kos hidup sekarang yang tinggi maka kita perlu kreatif dalam selesaikan masalah makanya aku mencadangkan kat makabah agar amik gambar kat umah sewa yang berlatarbelakangkan dinding putih untuk potret family. jimat! macam membazir kalau g kedai gambar. hanya sekeping gambar untuk satu gaya berharga RM100.00! Kalau macam ni, lagi jimat. sampai habis akal nak posing. 

p/s : 25/9/2011 adalah hari yang paling indah. ;))

Friday, October 21, 2011

Hari ini Jumaat. Esok Sabtu.

Assalammualaikum...


Tak sabar nak tunggu hari esok. Sebab nak bermalas-malasan di atas toto. biaselah duduk umah sewa, mampu tido kat atas toto je lah. nak beli tilam belum mampu lagi. sebab ada benda lebih penting yang perlu dibeli. maklumlah gaji ciput je. makanya hidup perlu besederhana. nak mengangkut tilam bujang  dari rumah asik tergendala je plannya. tapi okay lah. aku pun tidur mati. letak je kepala kat bantal. terus zzzzz tak sedar diri. konon2 penat bekerja. padahal........



nak menghabiskan hujung minggu dengan menonton drama ni. Lagi 5 episod je nak habis. ;))






p/s : mula2 nak taip cerite lain, tapi aku rase tak perlulah. yang sudah tu sudahlah. tak perlu dipanjangkan. sebab aku rase akhirnya akan tetap sama.

Tuesday, October 18, 2011

Kalau pening, ini ubatnya

ASSALAMUALAIKUM....



Aku rase rabun silau aku makin teruk. kalau aku ngadap pc lama2. pergh! pening giler. tapi yang peliknye bile aku wat keje je aku rase pening. rase cam nak muntah, bile menghadap tulisan2 ni. tapi takpe, setelah aku menggoogle untuk cari jalan penyelesaiannya, akhirnya aku da jumpe.. harap tips ni pun korang boleh gune. (^-^)
























































































































Lepas je aku tengok gambar ni terus sejuk je mate memandang. tetibe pening hilang... hahahahahaha...