Sunday, March 31, 2013

Macam makcik-makcik

Assalammualaikum.



Sekarang ni musim cuti sekolah, maka kebarangkalian untuk berjumpa dengan kanak-kanak kat dalam komuter waktu balik keje adalah sangat tinggi. Kadang2 agak menduga iman jugak, bila dengar suara budak2 menangis sepanjang dalam komuter. Waktu balik keje, paham2 jelah. Time tu adalah saat2 yang meletihkan. 


Maka satu hari, dalam train satu kejadian yang menyedarkan aku telah berlaku. Masa aku nak turun dalam train, tetiba aku terasa ada orang terlanggar aku b***** aka punggung aku. Aku toleh ke belakang, nak tahu sapa, rupa-rupanya ada sorang budak kecik lelaki. Aku just terseyum je. Budak kecik bolehlah aku bagi seyuman, kalu lelaki dewasa, mahu aku bagi penampor. Huhuhu. Tetiba aku terdengar budak kecik tu cakap dekat mak die dengan suara teruja.


Budak kecik itu berkata, 'Mama, mama. Kita terlanggar makcik tu. Makcik tu senyum kat kita.' Lepas tu budak tu ketawa kecik dengan gembira. 


Aku macam what? MAKCIK??? Tanjat kite! Hahaha. Owh, aku dah macam makcik2 rupanya. Ingat stil kakak2 lagi. Okay fine. Umur pun dah nak masuk 25 Zuha oiiiii..... Redha jelah...




Makcik pun makciklah... Mane tahu dapat jumpe pakcik hot macam kat atas ni. Lagi2 yang belah kanan tu. Owh, Yoon Oppa! Kekekeke....

Wednesday, March 20, 2013

Lee Dong Hae Jang!!!



Asslammualaikum.

Aku dah lama nak tengok cerita ni sebab aku baca dekat satu blog yang cakap cerita ni best. Cerita pasal family. Lagi-lagi dalam cerita ni ada Dong Hae  Super Juni-OR!! Hahaha. Lama giler okay aku cari cerita ni, sebab kat youtube takde, masa tulah. Mungkin sekarang dah ada.

Bila akak ofis aku kata "Cuba Zuha tengok kat dramacrazy. Kat situ banyak giler cerita Korea" 

Maka bermula dari tu, setiap kali lunch, kalau aku tak melantak sebab berpuasa, aku akan tengok cerita ni kat ofis. Sampai kene sindir dengan bos. Argh, persetankan semua itu. Hahaha. Cerita ni sangat best okay! Sangat touching! Setiap episod memang merembeskan air mata tahu.




Benci tengok Dong Hae dalam cerita ni sebab senang sangat merembeskan air mata. Huhu. Dahla aku tengok cerita ni dekat umah akak ofis. Terpaksa cover air mata dari mengalir. Lakonan Dong Hae awesome dalam cerita ni. Menjiwai watak sungguh. Suka tengok watak Dong Hae dengan watak abang dia dalam cerita ni. Betul-betul macam adik-beradik.




Ost cerita ni pun aku suka. Even just tengok mv ni pun dah boleh buat aku merembes. Huhuhu. 



p/s: Dong Hae Oppa, awak ni dahlah hensem. Dalam cerita ni pun awak sangat sweet. Sweet sangat tahu! Lagi-lagi bila awak layan Chae Ryung Appa, mandikan dia. Cair........

Sunday, March 17, 2013

Aku Dia dan Tong Sampah


Assalammualaikum. 


Selain dari Remy Ishak, aku minat dengan lakonan Beto Kusyairi. Sebab dia dah kahwin, maka tahap minat dekat dia kurang dari tahap minat aku terhadap Remy Ishak yang single katenye. Hehe. Mule terminat dekat Beto time cerita 'Jujur aku dayus'. Awesome sangat lakonan dia dalam cerita tu. Serius!



Aku dah banyak kali baca dekat blog-blog yang tulis cerita 'Aku Dia dan Tong Sampah' ni best. So semalam, akhirnya hujung minggu yang tak busy, aku dapat tengok cerita ni. Best okay! Lucu giler. Sweet pun iye jugak. Kire stok lawak yang aku boleh ketawa terbahak-bahak. Sebab muka Beto ni memang slumber gile. Macam real gile.




Cerita ni simple je. Nak taw sinopsis? Tak payah lah ea? Nanti tak surprise. Korang tengokla cerita ni sendiri. Aku sangat suke scene Beto dengan Tok Wan dia. Macam real je dorang tu cucu ngan nenek. 




Prop yang dorang gune dalam cerita ni simple giler. Pelakon tambahan pun lakonan dorang boleh diterima. Kira macam sempoi giler! (Amboi Zuha, kalau dah suke tu, pujian sangat berulang kali. Eheh)




Time ni sangat lawak! Rase nak tumbuk je muka si Beto ni sebab lawak sangat. Hahaha. Lakonan dia memang slumber badak giler.




Scene yang sweet tapi memalukan. Nak tahu kenapa, korang kenalah tengok sendiri. Hahaha. 




Scene last yang sweet. Tengah- tengah nak sweet tetiba pakcik pemungut sampah muncul. Hahaha. Suke tengok Beto pakai kot dengan songkok. Tak taw kenapa tapi aku SUKA. Hahaha. Lagi-lagi masa dia menari dengan background lagu-lagu lama. Rasa macam, lelaki melayu sangat. 


Dalam cerita ni banyak kata-kata yang aku rasa sangat catchy. Macam :

"Hanya orang yang tak yakin je jawab soalan dengan soalan"

"Nervous tu perasaan je cik kak oiii... Perasaan boleh kawal"

"Orang yang malu tak tentu hala ni orang yang tak ade keyakinan diri ni tau"

" Kalau asik nak takut je, sampai bila idea nak berkembang?"



Macam best kan? Mestilah best! Hehehe. Cuma yang tak bestnya, esok dah hari Isnin. Urghhhh... Bermula lah rutin harian, bangun pagi pegi keje. Balik keje, tido dan rutin ni akan berulang-ulang sampai hari Jumaat. Tahu-tahu umur aku bertambah lagi setahun. Uhuh!


p/s : Semua gambar ihsan google imej. 

Tuesday, March 5, 2013

Orang kata : Usaha tangga kejayaan



Assalammualaikum...





Sedang berusaha dan akan terus berusaha. Doakan ya.

Sunday, March 3, 2013

Tak semua apa yang kita nak, kita akan dapat



Assalammualaikum...





Sedang cuba mempositifkan diri sendiri. 






# Gambar sumber dari Google Image