Assalammualaikum.
Sekarang ni musim cuti sekolah, maka kebarangkalian untuk berjumpa dengan kanak-kanak kat dalam komuter waktu balik keje adalah sangat tinggi. Kadang2 agak menduga iman jugak, bila dengar suara budak2 menangis sepanjang dalam komuter. Waktu balik keje, paham2 jelah. Time tu adalah saat2 yang meletihkan.
Maka satu hari, dalam train satu kejadian yang menyedarkan aku telah berlaku. Masa aku nak turun dalam train, tetiba aku terasa ada orang terlanggar aku b***** aka punggung aku. Aku toleh ke belakang, nak tahu sapa, rupa-rupanya ada sorang budak kecik lelaki. Aku just terseyum je. Budak kecik bolehlah aku bagi seyuman, kalu lelaki dewasa, mahu aku bagi penampor. Huhuhu. Tetiba aku terdengar budak kecik tu cakap dekat mak die dengan suara teruja.
Budak kecik itu berkata, 'Mama, mama. Kita terlanggar makcik tu. Makcik tu senyum kat kita.' Lepas tu budak tu ketawa kecik dengan gembira.
Aku macam what? MAKCIK??? Tanjat kite! Hahaha. Owh, aku dah macam makcik2 rupanya. Ingat stil kakak2 lagi. Okay fine. Umur pun dah nak masuk 25 Zuha oiiiii..... Redha jelah...
Makcik pun makciklah... Mane tahu dapat jumpe pakcik hot macam kat atas ni. Lagi2 yang belah kanan tu. Owh, Yoon Oppa! Kekekeke....

No comments:
Post a Comment