Dulu aku tak kisah kalau ramai orang tahu kewujudan blog ni. Sebab dulu macam 1 trend untuk orang ada blog. Hati remaja kata kau, aku pun buat blog. Tak nak ketinggalan zaman katenye. Padahal aku takde skill menulis. Hanya repekan semata-mata. Dulu, mostly kebanyakan entry aku pasal makian pada orang. Bila sekarang aku baca balik, huh tak matangnya aku dulu. Hot tempered. Malu! Jalan terbaik, edit balik blog ni. Mana-mana entry yang jadi saham dosa, aku simpan untuk bacaan sendiri.
Tapi sekarang aku risau. Risau sangat. Sebab kadang-kadang orang tak paham apa yang kita tulis. Bila ada budak office tahu yang aku ada blog, aku terus tukar setting blog ni. Bukan apa kawan-kawan, aku malu! Hahahaha.
Tapi selepas entry-entry yang tak best aku dah simpan, aku rasa tak kisahlah dorang nak baca. Hahaha. Bukan apa, takut imej baik kat office tercalar selepas dorang baca entry-entry aku sebelum ni. Malu nak tunjuk perangai tak matang waktu dolu-dolu. Even perangai sekarang pun takdelah best mana, tapi adalah sedikit penambah baikan. Hehehe.
p/s : Hai Sue! Sekarang aku dah bukak balik blog ni. Sampai hati tuduh aku privatekan blog ni sebab nak kutuk kau. Kalu nak kutuk kau, aku bagitahu depan-depan. Hahaha.