Sunday, December 15, 2013

Minggu yang sibuk

Setiap kali minggu aku nak balik kampung, mesti kerja akan bertimbun-timbun. Ni sekarang dalam kepala aku dah ada jadual untuk apa yang aku nak buat esok.

Esok mungkin akan ke Jabatan Kimia, satu hari mesti habis gitu je. 

Selasa ada meting dan dijangka meting yang sangat lama. Janganlah DM jadi chairman, menangis kene siapkan RP dalam 2 minggu. Tak tenteram aku nak cuti. 

Rabu ada meting dengan Big Bos. Menyampah. Sebab meting dengan dia kena bersedia untuk dibambu. Ada je benda tak puas hati. Urghhh Bosan. 
Dahla banyak benda tak setlle lagi. Huhuhuhu.

Tapi takpe, ari Khamis aku balik kampung!!! Hahaha. Tinggalkan sekejap perkara berunsur duniawi yang menyesakkan kepala. Bila pikir-pikir balik, tak sangka dah 2 tahun setengah aku kerja. Lamanya nak tunggu 55 tahun (kalau umur panjang), nak pencen!! Hahaha.